Thursday, April 11, 2013

MARI BUAT RESEPI: Puding Triffle Yang Ringkas


ASSALAMUALAIKUM!!
tajuk macam nak cakap la puding ni ringkas, ringkass sangatt.. hihihi :P

Hari ni aku cuti, jadi aku nak ajar korang buat puding. Wallaweehhh bunyik cam expert je kan, padahal pestime ni, gigil lutut, takpe keYAKINan itu penting. Chayyyokkk!

*versi kemas kini*

Cekidaut bahan-bahan:
- Tepung kastard
- Serbuk jeli kristal
- Susu sejat
- Buah campur
- Kek span / swiss roll
- Gula

 
Cara-cara:
- Hiris kek ikut suka bentuk apa mau bikin, susun kat atas dasar bekas. Nak cantik sila susun atas mangkuk kaca yang ade kaki tu. Aku takde, mangkuk plastik pon bolehhh.. Bahagi-bahagikan kek kalau korang nak buat 2-3 layer, berlayer-layer pon aku tak kesah, 1 layer kalo pemalas, haha janji sodappp..

- Cairkan tepung kastard dengan sedikit air, sukatan tepung adalah ikut banyak mana kek korang. Kalau kek aku ni, saiz swiss roll biasa beli kat kedai kek, aku pakai empat sudu makan penuh tepung. Kalau terbanyak pon takpe, da masak buleh dimakan begitu sahaje.. Lepas cair masukkan dalam periuk beserta susu sejat dan satu senduk nasi gula pasir. Taknak banyak gula pon takpe, sebab jeli dengan kek dah manis, pandai-pandai lah ejas.

- Kacau kastard atas api yang kecil, senantiasa kacau untuk mengelakkan berketul-ketul. Macam dalam gambar tu, licin kan teksturnye.. Licin sangatt... Masak sampai pekat.

- Masak jeli, biasanya korang beli jeli, kat belakang kotak dia tu ada kasik cara memasak sekali. Ikut je..

- Memula, tuang kastard yang dah pekat likat atas kek, ratakan.

- Susun buah pulak atas kastard, tekan-tekan sikit kasi melekat kat kastard tu.

- Tuang jeli kat atas buah.

- Ulang step berkenaan sehingga cukup layer yang korang kehendaki.

- Sejukkan dalam freezeer semalaman.

- Yummehhh, siap untuk dihidang.



Tapi tular, nak berlagak pon takbleh. Jeli aku TERcair sedikit manakala mase kacau bancuhan kastard, dah masak baru TERingat lupa mau masukkan gula. Akibatnye gula masuk sekali lagi menyebabkan ianya berketul-ketul... Derr...licin sangat kan gambar atas tu.. Puiii...


Aku buat tiga lapis, tapi jangan terkejut la nampak cam hampeh je, tapi rase sedap woii.. hahahaa kalau kastard tu licin memang cantik lah.. huhu takpe len kali improve.


Siap untuk disejukkan :D


ini hasilnye,,da makan separuh baru ingat nak amik gambar..hihi

okeh, tu je..
SELAMAT MENCUBA.. babaiiii!! ^^